Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, September 19, 2009

Nando's Oh Nando's...

Sebelum ni aku ada bgtau yg aku nak berbuka di Nando's Jusco Bukit Indah kan... Jadi aku dah tunaikan hajat aku tu pada Khamis lalu(17/09/09) bersama-sama wife dan puteri sulung aku Avye... Hari Khamis tu hati aku terdetik nak berbuka kat luar aku pon call wife tanya samada wife OT ker tak, wife kata tak so aku pon bgtau nak berbuka kat luar harini... Balik dari tempat kerja terus amik Avye kat umah mak mertua aku dan singgah umah kitorg jap nak bawak stroller Avye, aku dah tak larat nak dukung Avye lama-lama boleh lenguh tangan sbb Avye dah semakin membesar kalau kejap je ok la... Siap aje semua barang2 yg nak bawak, kami terus menuju ke Jaya Jusco Bukit Indah...

Sampai je kami terus masuk Nando's dgn muka confident mcm penah makan je Nando's ni hehe... Bila dah dpt meja dgn buku menu terus waitress tunggu nak amik order kitorg, time tu la baru muka berkerut sbb dlm menu tu satu apa menu pon aku tak reti nak order... Nak tak nak kena la ckp dgn budak waitress tu suruh dia explain apa yg ada tu...hehe... bengang siot...

Finally apa yg aku dan wife order adalah :

Ni nama dia 'Beef Strip with Rice' aku yg order...


Ni wife aku order mix set '1/4 chicken + rice + coleslaw'...

Air yg kiri tu 'Iced Choc' wife punya dan 'Sparkling Apple' aku punya...

Wajah-wajah kesayangan hamba......

Untuk Avye lak aku belikan dia 'Chicken Porridge A&W' dan 'French Fries' aku nak belikan bubur McD tp McD takde kat Jusco ni...

Ni bubur Avye...


Tapi wife aku ckp makanan kat Nando's ni tak menepati selera dia... Wife aku tak berapa suka sangat, aku pon rasa cmtu gak tp sbb lapar punya pasal habis gak... Wife aku ckp makan kat StoneGrille lg best dan aku akan kesana lak next time...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan