Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, September 07, 2009

Pertama di Ramadhan...

Semalam, 6 Sept 2009 buat pertama kalinya pada ramadhan thn ini aku bersama wife dan anak berbuka puasa di luar... Tu pon atas jemputan(aku rasa mengajak..) officemate wife aku, kalau tak aku sendiri pon tak tau bila kami akan berbuka diluar... Nak tau kat mana lokasi kitorg berbuka semalam... Kitorg berbuka di "Don Sushi" di Carrefour Pandan dan smlm jugak buat pertama kalinya selama 12 tahun aku menetap di Johor Bahru, aku masuk di Carrefour dan Don Sushi... Nama jer duduk di JB tapi tempat mcm tu pon baru first time masuk, apa da aku ni bikin malu org Johor betul lah...

Aku boleh lupa nak snap gambar kat Don Sushi smlm, punya la excited(jakun sebenarnya...) berbuka kat situ sampaikan nama set makanan yang aku order pon aku lupa(yg aku ingat kod dia C02..hehe..pastu ada nama teriyaki dgn tempura...) Nak order sikit punya lama sbb xphm bahasa dia yg pelik2(bahasa jepun) nasib baik ada translater brother tmpt wife aku kerja... Set yg aku order tu ada daging ayam mcm chicken chop dicurah sos atas dia kira sedap la sbb tekak aku blh terima dgn udang mcm goreng tepung + sup kosong yg rasa ntah ke apa ntah... Additional order aku,korang penah dengar 'baby crab' tak... Kalau kat Don Sushi dinamakan 'Sawa Kani',ketam yang kecil2 dia buat goreng tepung sedap sbb rangup...

Tapi makanan mcm tu utk org yg nak berdiet aku rasa blh la makan,kena badan mcm aku ni mmg tak cukup... Ondway balik tu wife aku tanya mcmana td, aku ckp "ok la tp abg rasa lapar lg ni..."sampai umah wife aku terus goreng jemput2 ikan bilis utk aku buat alas perut(tu dah melantak namanya) sblm bersahur...

So, aku pon tak tau lg bila aku akan makan benda2 mcm tu lg atau pon tak makan lg lepas ni kot hehehe... Tu la pengalaman aku berbuka tahun ni merasa makanan Jepun di Don Sushi... Lepas ni aku nak cuba kat tmpt lain lak, dlm kepala dah set satu tmpt ni iaitu "Nando's..." kat Jusco Bukit Indah, eeerrrmmmm... See u all at Jusco after this......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan